DAIHATSU HIJET S200P (VAN PASAR MALAM) |
017-9382088 (chris)
Seperti tajuk diatas, apa yang dikenali sebagai Van Pasar Malam. Van pasar malam juga dikenali sebagai Van Berniaga, Van Penjaja bergerak atau dikenali sebagai KARAVAN yang kini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia. Van berniagan yang sebegini amat mudah dikendalikan serta para peniaga boleh menentukan tempat perniagaan sendiri mengikut kesesuaian. Majlis Perbandaran lebih mengalakkan jika para peniaga berniaga di tepi jalan menggunakkan Van Berniaga berbanding menggunakan khemah atau sebagainya, kerana penggunaan Van berniaga sebegini sangat mudah untuk dialaih berbanding kiosk statik.
Selain itu, untuk pengetahuan kepada peniaga atau bakal peniaga yang ingin berniaga dengan menggunakan Van Berniaga ini, Mereka dikehendak meminta lesen penjaja bergerak dengan Majlis Perbandaran Tempatan terlebih dahulu. Peniaga boleh berniaga di mana mana sahaja dengan syarat Van Berniaga tidak di parking di tempat yang menghalang lalulintas dan laluan orang ramai. Majlis Perbandaran berhak untuk mensita semua alatan perniagaan seperti meja, gas, kerusi yang diletakkan di atas jalan raya. Oleh sedemikian, para peniaga yang menggunakan Van Berniaga harus memastikan kesemua peralatan memasak haruslah di letakkan di atas Van berniaga, dengan ini Pihak berkuasa tidak berhak untuk mensita atau mengambil sebarang alatan dan barangan dari peniaga.
Diatas adalah pengetahuan yang serba sedikit daripada pengalaman penulis. Dengan harapan bahawa informasi yang diberikan akan membantu para peniaga atau bakal peniaga yang ingin/sedang menggunakanVan Berniaga ini.
No comments:
Post a Comment